BIL KEPERLUAN UTAMA PELAKSANAAN DOKUMEN
1 Menyediakan Garis Panduan selaras dengan Dasar EKSA agensi.
2 Menyebar Dasar dan Garis Panduan EKSA serta memastikan semua warga kerja memahaminya.
3 Memastikan EKSA diamalkan dan dipatuhi oleh semua warga agensi.
4 Memastikan dokumentasi berkaitan pelaksanaan EKSA disusun dengan teratur dan sentiasa dikemas kini termasuk perkara yang berikut:
i. Minit mesyuarat
ii. Surat lantikan Jawatankuasa
iii. Laporan aktiviti Jawatankuasa
5 Mewujudkan keseragaman pelaksanaan EKSA seperti ketetapan agensi/garis panduan yang dibangunkan oleh agensi.
6 a) Menyediakan dan memaparkan SUDUT EKSA di tempat yang strategik (secara maya atau fizikal) dan mengandungi perkara seperti yang berikut:
i. Dasar EKSA agensi
ii. Carta organisasi
iii. Gambar aktiviti SEBELUM dan SELEPAS
iv. Pelan lantai
v. Carta Perbatuan semasa
vi. Informasi/hebahan
vii. Tarikh kemas kini sudut EKSA