ARAHAN KETUA PENGARAH BILANGAN 3 TAHUN 2011
ARAHAN PEMAKAIAN HELMET DAN JAKET API
1. PENDAHULUAN
1.1 Pemakaian helmet dan jaket api semasa menghadiri panggilan kecemasan merupakan satu kemestian kepada semua anggota, terutamanya bagi kes yang melibatkan kebakaran. Ia merupakan perlindungan diri yang terbaik, bagi menghindar sebarang bahaya atau bahaya hampir (hazard) ke atas anggota yang bertugas;
1.2 Arahan Ketua Pengarah ini, memberi penjelasan dan panduan kepada semua anggota dan pegawai, dalam memakai helmet dan jaket api semasa menghadiri panggilan kecemasan.
2. JUSTIFIKASI PEMAKAIAN
2.1 Untuk membezakan antara pegawai kanan jabatan dan anggota semasa berada di lokasi kejadian/insiden;
2.2 Memudahkan orang awam mengenalpasti Penyelia Operasi pemadaman dan penyelamatan;
2.3 Memudahkan pengamal media dan agensi bantuan mengenalpasti pegawai terkanan dalam satu-satu insiden.
3. TAFSIRAN
3.1 Pegawai Kanan - Merujuk kepada Penolong Penguasa Bomba`gred KB29 dan ke atas.
3.2 Pegawai Operasi - Merujuk kepada mana-mana Pegawai Bomba daripada apa-apa pangkat dan Penolong Penguasa yang dilantik untuk bertugas di balai dan mengetuai operasi.
3.3 Pényelia - Merujuk kepada mana-mana Pegawai Bomba dari gred KB22, atau KB24 atau KB26, yang dilantik untuk menyelia aktiviti pasukan yang bertugas pada masa-masa tertentu di balai.
3.4 Ketua Pasukan - Merujuk kepada mana-mana Pegawai Bomba yang dilantik untuk mengetuai mana-mana pasukan atau unit.
3.5 Agensi Bantuan - Merujuk kepada mana-mana agensi bantuan yang menyokong kepada operasi dalam satu-satu insiden, seperti PDRM. ATM. KKM, APMM, JPAM, JKM, PBSM dan St.John Ambulance .
3.2 3.6 Pengamal Media - Merujuk kepada mana-mana individu atau orang perseorangan yang bertugas dengan mana-mana media massa; sama ada media elektronik atau media cetak atau media alternatif lain seperti blog.
4. PEMAKAIAN HELMET DAN JAKET API
Kaedah pemakaian bagi helmet dan jaket api, bagi pegawai-pegawai adalah seperti berikut;
| Gred Pegawai | Warna Jaket Api | Warna Helmet Api |
|---|---|---|
| KB17 hingga KB26 | Oren | Putih |
| KB29 hingga KB38 | Biru | Oren |
| KB41 dan ke atas | Biru | Merah |
Pakaian ini hendaklah dipakai oleh semua pegawai, semasa menghadiri panggilan kebakaran atau panggilan khidmat khas kemalangan jalan raya (Road Traffic Accident).
5. TARIKH KUATKUASA
Arahan Ketua Pengarah (AKP) ini berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan. (23/9/2011)